Monday, September 12, 2011

Abah Sayang Emak.

Alhamdulillah.... Dalam kesibukkan seharian abah tidak ambil tahu sangat tentang sambutan itu dan ini. Lebih-lebih lagi hal-hal sendiri. Sehinggalah petang semalam isteri abah memberitahu bahawa esok ( hari ini ) adalah ulangtahun ke 20 perkahwinan kita. Huh... dah 20 tahun abah berkongsi hidup dengan emak ( isteri abah tersayang - pangilan mesra ). Memanglah pun, anak abah yang sulong dah pun 19 tahun usianya dan baru saja mendaftar masuk ke UiTM Machang Kelantan pada 6 Sep lalu. 20 tahun lalu abah diijab qabulkan oleh jurunikah bagi berkongsi hidup dengan isteri abah, tidak tergambar akan kehidupan yang bakal abah lalui. Kini selepas 20 tahun berlalu, kehidupan abah sekeluarga sungguh bahagia. Isteri abah adalah seseorang lengkap bagi abah. Di serikan lagi dengan 4 orang cahaya mata yang telah mencapai usia 19 th (Along ) 14 th ( Angah ), 12 th ( Kak Teh ) dan 7 th Adik Iman. Kini yang masih tinggal bersama abah ialah kak teh dan adik iman. Along dan angah mula belajar berdikari tinggal berasingan selepas tamat tahun 6 untuk ke Sek berasrama penuh. Kesemua kejayaan anak-anak abah adalah berkat kasih sayang dari emak yang tabah membesarkan anak2. Emak telah banyak berkorban untuk kebahagian keluarga. Apa yang dapat abah ucapkan buat emak isteri tersayang ialah terima kasih.
Inilah rupa kad jemputan majlis walimatul urus abah 20 tahun lalu. Pada waktu itu, dah kira cantik dah ni.
Sekadar imbauan 20 tahun lalu. hahaha......

Monday, August 08, 2011

Adik Iman Berpuasa

Assalamualikum w.w.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Sepanjang Ramadhan ini sudah tentu muslimin dan muslimat dari berbagai lapisan masyarakat akan berlumba-lumba melakukan amalan yang ditentu oleh Allah s.w.t. Apabila tiba ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Bertazkirahlah pulak.....

Abah meluangkan sedikit masa waktu ini untuk mencoretkan sedikit perasaan sepanjang 7 hari ramadhan 1432 ini.

Pertamanya, Abah sangat terharu kerana sehingga kini adik iman telah mula berpuasa penuh dan telah melalui hari-hari awal ramadhan dengan cekal. Ini tahun pertama adik iman berpuasa penuh. Kalu tahun sebelum ini adik iman hanya puasa separuh hari saja. Selepas balik dari dari kelas tadika terus kedapur buka peti ais dan apa lagi minumlah. Namun tahun ini, setelah adik iman berumur 7 tahun abah cuba sedaya upaya supaya adik iman dapat bertahan. Alhamdulillah nampaknya sehingga kini masih boleh menahan diri.

Mengenang kembali pada hari pertama ramadhan lalu, sunguh tercuit hati kecil abah. Apa tidaknya, balik saja dari sekolah adik iman terus minta air dan makanan. Walaupun pada malamnya sewaktu bersahur adik begitu beria-ia untuk berpuasa keesokkannya. Makan kami sekeluarga tidaklah selazat waktu berbuka. Cukup dengan roti dan telur ayam kampung separuh masak serta air.

Tidak mampu dipujuk untuk tidak berbuka, adik iman terus merayu untuk berbuka. Berbagai cara untuk menghalang adik dari berbuka. Sehingga jam 5 petang isteri abah dah mengalah untuk membenarkan adik berbuka ekoran rayuan yang tidak putus-putus. Antara pujuk rayu dari adik yang masih abah ingat ialah " matilah adik ni ". Itulah kata-kata yang menusuk hati abah. Namun abah tetap berusaha untuk memberi dorongan dan perangsan supaya adik iman boleh bertahan.

Abah ajak adik berjalan-jalan kekedai jualan hidangan berbuka dan abah menawarkan air tebu sebagai ganjaran sekiranya dapat bertahan sehingga waktu berbuka. ( Abah sengaja tidak belikan banyak kuih muih bagi mengelak adik minta itu dan ini dikemudian hari nanti. bukan apa membazir saja. Tak makan pun ). Akhirnya sehingga waktu berbuka adik dapat bertahan. Apa lagi habis air tebu diminumnya.

Selepas melalui hari pertama yang agak mencabar, hari-hari berikutnya adik seperti biasa dan tidak pun meminta makn atau minum. Cuma sesekali merungut.

Tahniah buat adik iman.

Monday, May 16, 2011

Sambungan Hari Belia & Hari Guru

Hari ini 16 Mei 2011 adalah Hari Guru. Seluroh negara menyambutnya di semua peringkat. YAB Menteri Pelajaran bersama para pendidik di Negeri Sarawak merayakan hari guru yang membawa banyak makna kepada para pendidik. Berbagai gaya, ragam dan gelagak dapat kita saksikan di perayaan menyambu Hari Guru ini dengan para pelajar juga turut merasa bahannya.Abah juga turut sama berkesempatan hadir ke SK Bukit Gemuroh. Selaku Pengerusi PIBG si sekolah tersebut abah berbangga dengan komitmen yang di tujukkan oleh para guru di SK Bukit Gemuroh.

Di sambutan Hari Guru SK Bukit Gemuroh abah hadir agak lewat. Sebahagian besar acara telah pun di langsungkan. Sudah menjadi kelaziman dalam acara sebegini hamper dan hadiah menjadi sinonim. Namun apa yang abah nak kongsikan ialah acara memilih guru paling popular dikalangan guru2. Pelajar diberi peluang mengundi atau memilih guru ang paling popular dengan memangkah atau menandakan diruangan gambar guru popular pada helaian yang diedarkan kepada semua pelajar. Sudah semestinya peluang ini digunakan sepenuhnya oleh para pelajar dengan memilih guru yang diminati untuk ditabalkan sebagai guru yang paling popular.

Selepas di kira jumlah undian, keputusan guru popular adalah seperti berikut:-

Guru Popular Lelaki = Cikgu Zulkifli bin Hashim
Guru Popular Perempuan = Cikgu Noraini bt Othman dan Cikgu Che Ku Zalina bt Che Ku Endut.

Tahniah kepada guru yang dipilih kerana anda semua popular dikalangan para pelajar. Untuk makluman, Cikgu Zulkifli Hashim tu guru disiplin. Macamana guru disiplin boleh dipilih sebagai guru popular. Popular kat mana ye.....

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU KU.....

Hari Belia & Hari Guru

Betapa lama abah tidak update blog ini. Apa boleh buat waktu yang terbatas dan kekadang tidak ada ideal nak nukilkan. Namun abah tidak pernah lupa menjengok blog kekawan yang menjadi tempat abah melepaskan rindu untuk membaca pengalaman kawan2 maya. Sememangnya abah sedar dengan keadaan ini.



Hari ini abah ambil sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu yang memang diketahui umum iaitu Hari Belia Negera yang jatuh pada setiap 15 Mei setiap tahun dan 16 Mei pula sambutan Hari Guru. Kebetulan kedua-dua tarikh ini berturutan dan ianya ada kena mengena dengan kehidupan abah.

Hari Belia Negera yang disambut oleh para belia pada 15 Mei sudah tidak asing lagi dengan kehidupan abah. Walupun kini tidak lagi menjadi ahli belia kerana sudah melewati usia yang membenarkan hanya yang berusia dibawah 40 tahun sahaja. Namun abah yang telah berkecimpun dalam pergerakan belia semenjak tahun 1981 dan meninggalkannya pada tahun 2009. Selama 28 tahun abah mengabdikan diri dengan pergerakan belia. Badan sukarela ini telah mencorakkan kehidupan abah yang tidak mempunnyai apa2 pada suatu ketika dahulu kini telah mampu hidup berdikari.Semuanya itu telah menjadi kenangan dalam hidup abah.

Kerana itu, pada setiap tahun ketika sambutan Hari Belia Negera diadakan abah akan merasa syok sendiri biarpun kini tidak lagi menjadi belia. SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA KEPADA SEMUA WARGA BELIA.

Bersambung...

Monday, February 07, 2011

Raya Cina

Salam.
Cuti Raya cina baru ni abah rehat-rehat je kat rumah. Bersama dengan anak-anak. Angah balik bercuti. Kak Teh dan Adik Iman macam biasalah pasti ada bersama. Yang tak baliknya Along. Nak dijadikan ceritanya. Along ni telepon kat emak pada 1 Feb lalu. Demam. Bunyi suara macam teruk benar. Baru balik dari hospital. Ramai katanya yang demam, sampai 16 orang pergi kehospital Kuala Nerang. Abah dan emak mulalah risau.

Apa tidaknya, Along ni sebenarnya bukannya tahan lasak sangat. Dah tu 4-6 Feb ni nak panjat gunung jerai pulak. Sebabnya abah dah pun berikan persetujuan untuk dia mengikuti rombongan Kolej ke Gunung Jerai sebelum ni. Untuk mendapatkan pengesahan Abah cuba telepon Guru Kelasnya Cikgu Rohayu.Memang betullah ramai pelajar kat Kolej Mara demam. Tapi tidaklah teruk sangat. Demam dan batuk-batuk. "Satu dua hari baiklah tu".kata Cikgu Rohayu. Senang sikit hati abah.Abah pun telopon Along dan cadangkan padanya supaya membatalkan rancangan untuk turut serta ke Gunung Jerai.

Namun kerana dan ada komitmen agaknya dengan guru dan rakan-rakan lain Along agak keberatan untuk membatalkan rancangan tersebut. Abah pun tidaklah mahu memaksa kerana Abah cuba untuk membantu Along supaya membuat keputusan yang betul. Maklum sajalah bila dah mendaki sudah pasti akan mengganggu perjalanan kerana badan yang tidak sihat.

Sebabnya abah dan pun banyak pengalaman mendaki ni. Semasa mendaki Gunung Kinabalu tahun 2006 abah telah melalui pengalaman demam dan kurang sihat semasa mendaki. Tapi yang demam bukan abahlah. Rakan lain yang demam ketika berada di Laban Rata. Kesihan abah tengok. Dahlah sejuk cuaca ketika di Laban Rata. Demam pula. Huh cukup siksa. Bila turut ke Pondok Timpohon kena bantu sampai bawah. Tak ke menyusahkan kekawan.

Begitu juga semasa abah mendaki Gunung Tebu. Pendakian Gunung Tebu lagi menarik sebab tidak bermalam dipuncak.Pagi-pagi abah dan kekawan mendaki. Sampai di kemuncak tengahari iaitu kira-kira pukul 1.00pm. Berhenti sekejap menghilangkan penat, terus sambung perjalanan turun ke kaki gunung. dan banyak lagi temapt ang abah telah pergi. Semua itu memerlukan kudrat yang kuat. Sihat tubuh badan.

Macam mana Along nak panjat gunung jerai dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Apa pun abah ucapkan tahniah dan syabas kepada along dan semua rombongan KMKN yang di dokong oleh guru-guru kerana berjaya mendaki gunung Jerai yang ketinggiannya 1,217 meter. Dipenuhi dengan pepohon yang dikenali dengan Hutan Dipterokarpa.

Tahniah semuanya.

Tuesday, January 11, 2011

Adik dan Kakak Angkat

Salam 2 All,

Hari ini abah ke SK Bkt Gemuroh kerana menghadiri Majlis Penyerahan Pelajar Tahun 1 dan Prasekolah. Dalam majlis tu ramailah ibubapa yang hadir dari kalangan ibubapa pelajar Prasekolah dan Tahun 1. Abah yang di diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi PIBG sekolah tu turut berkesempatan hadir tambah pula anak bungsu abah adik iman baru masuk tahun 1. Bermakna adik iman akan mendapat seorang kakak angkat dari kalangan pelajar tahun 6.

Hari pula kali pertama Guru Besar SK Bukit Gemuroh Cikgu Abd Hadi Saad bertemu dengan ibubapa setelah ditukarkan ke sini. Abah pun mulanya rasa juga janggal sebab Guru Besar tu abang ipar abah. Kalau dulu abah sudah biasa dengan guru besar ( Cikgu Saidi ) kini dengan guru besar baru ni yang pula ada pertalian keluarga adalah rasa janggal siki nak duduk sebelah menyebelah tu. Tapi abah kena buat profesionallah. Ini bukan hal keluarga. So kena pandai-pandailah membiasakan diri.

Berbalik kisah majlis penyerahan pelajar yang dilangsungkan tadi, adik iman mendapat seorang kakak angkat pelajar tahun 6 iaitu Nur Eliana Zahirah bt Muhamad. Dah tu pihak sekolah hadiahkan pula alatulis sebagai tanda kenangan kepada adik iman. Yang Kak Teh pula mendapat adik angkat sebab kak teh berada di tahun 6. Adik angkat kak teh dua orang iaitu Tuan Nurzahida bt Tuan Lah dan Nur Asma bt Abd Hadi. Apa lagi lepas ni pasti adik iman tak putus-putus bercerita yang dia dapat kakak angkat.Memang dah tau sangat adik iman tu. Kalau dah bercerita macam bertih jagung kena goreng.

Sekian, Wassalam.
Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Monday, January 10, 2011

Along Lagi

Salam,

Sebelum abah coretkan kisah along nak abah sebut sikit tentang anak abah yang bongsu ni. Kak Tek balik rumah terus bercerita perihal Adik Iman. Punyalah kelakar. Selepas balik sekolah 12.45 tengahari kelmarin dia buat selamba terus masuk ke kelas Kak Teh yang darjah enam. Ketika itu guru sedang mengajar M3. Cikgu Zul yang mengajar terus bertanya " Hah.... nak apa. Duk situ diam2. Jangan bising". Bermaksud duduk dikerusi sebelah kakaknya. Semua pelajar kelas enam ketawa melihat telatah adik iman.Memanglah adik tak tahu sebenarnya apa yang boleh dan apa yang tidaknya.

Hari ini pula, abah akan datang lambat jemput mereka berdua di sekolah. Abah berpesan supaya adik iman minta izin dari guru kelas kak teh untuk duduk dalam kelas kak teh sambil menunggu abah jempu disekolah. Maklumlah budak darjah 1, kalau dibiarkan diluar sekolah, nanti berjalan tak tentu hala. Haru dibuatnya.

Habis cerita tu. Ni Kisah Along pulak yang hari ni menduduki peperiksaan Matrikulasi Semesta 2 penggal pertama. Hari ini Subjet English dan Akaun. Abah terkejut gak terima pangilan dari along pukul 8.45 pagi tadi yang kebetulan abah sedang bersiap untuk menghadiri mesyuarat di Wisma Daruliman. Abah hanya berpesan agar disamping menumpukan kepada mata pelajaran jangan lupa kepada suruhan Allah Taala. Selalulah mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Illahi dalam masa menempuhi peperiksaan mahupun semasa belajar.

Abah pun hanya mampu berdoa dan bermunajab kehadrat Illahi semoga anak yang sulong abah ni boleh menjadi mentol kepada adik-adik yang lain. Insya Allah Tahun ni Kak Teh yang akan menempuhi UPSR akan turut ikut jejak abangnya yang lain.Walaupun abah sebenarnya agak ragu-ragu dengan keupayaan kak teh.

Sekian, Walahualam.Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Saturday, January 08, 2011

Happy Birthday Angah

Salam,

Hari ini tanggal 8 Januari adalah hari ulangtahun kelahiran angah. Huh.... Abah terkilan sangat sebab tak dapat mengucapkan selamat hari lahir pada angah secara live. Sebab angah ketika ini berada di Asrama Sekolah. Abah pula tak ada kesempatan untuk ke asramanya. Semalam pun Kak Teh begitu beria-ia mengajak abah dan mak ke asrama angah tapi apa boleh buat, abah sibuk sikit hari ini.


Apa pun abah dan emak mengharapkan angah dapat menimpa ilmu seberapa banyak dan jangan lupa solat. Lakukan diawal waktu. Ada kesempatan amalkan puasa sunat. Insya Allah Tuhan akan terangkan hati angah dalam menimba ilmu pengetahuan. Walaupun abah dan emak tak dapat mengadakan sambutan hari lahir angah namun doa kami agar angah sentiasa sihat sejahtera.

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails